Friday 16 January 2015

Difaqihkan Agamanya

Dari Muawiyah radhiyallahu 'anhu, sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

من يرد اللّه به خيرا يفقّهه في الدّين

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan, nescaya dia akan difahamkan di dalam agamanya."(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari, kitab Ilmu, bab Siapa Yang Dikehendaki Allah Baginya Kebaikan, Dia Difahamkan Dalam Agama, no. 69 dan Riwayat Imam Muslim, kitab Iman, bab Penjelasan Bahawa Agama Itu Nasihat, no. 82).

Apakah yang dikatakan difaqihkan (difahamkan) seseorang itu dalam urusan agama? Berikut penjelasan hadis berikut :

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daari r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya." (Riwayat Ahmad no. 16982, Muslim no. 55 dan Abu Daud no. 4944).

Maka, difahamkan urusan agama di sini adalah difahamkan untuk nasihat terhadap Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, para imamnya dan kaum Muslimin keseluruhannya. Selanjutnya telah dijelaskan terperinci di sini :


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment