Thursday 13 November 2014

Dalil Keakuan

فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ قَتَلَهُمْ ۚ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـٰكِنَّ اللَّـهَ رَمَىٰ ۚ وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا ۚإِنَّ اللَّـهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Maka bukanlah engkau yang membunuh mereka, akan tetapi Allah yang membunuh mereka. Dan bukanlah engkauy ang melontar ketika engkau melimpar, akan tetapi Allah jualah yang melontar dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik daripadaNya. Sesungguhnya Allah amat Mendengar, lagi amat Mengetahui" (Surah al-Anfal ayat 17).

إنَّ الله تَعالَى قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيّاً فَقَدْ آذنتُهُ بالحربِ وما تَقَرَّب إليَّ عَبْدِي بشيءٍ أحَبَّ إليَّ مِمَّا افترضتُ عَليهِ ولا يَزالُ عَبْدِي يَتَقرَّبُ إليَّ بالنَّوافِلِ حتَّى أُحِبَّهُ فإذا أَحْبَبْتُهُ كُنتُ سَمعَهُ الّذي يَسمَعُ بهِ وبَصَرَهُ الّذي يُبْصِرُ بهِ ويَدَهُ الَّتي يَبطُشُ بها ورِجْلَهُ الّتي يَمشي بِها ولَئِنْ سأَلنِي لأُعطِيَنَّهُ ولَئِنْ استَعاذَنِي لأُعِيذَنَّهُ (رواه البخاري، رقم 6137 )

"Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman, 'Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka aku umumkan peperangan terhadapnya. Tidak ada ibadah yang paling Aku cinta dari seorang hamba kecuali ibadah yang telah Aku wajibkan kepadanya. Seorang hamba yang selalu beribadah kepadaku dengan perkara-perkara sunah, niscaya Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengaran yang dengannya dia mendengar, Aku adalah penglihatan yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul, kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia meminta kepada-Ku, niscaya akan Aku berikan. Jika dia mohon perlindungan kepadaku, niscaya akan Aku lindungi." (HR. Bukhari, no. 6137).

Hal tersebut bukan bermaksud Allah itu bersatu dengan manusia secara hakikinya atau zat Allah itu melebur ke dalam rupa manusia atau menyerap masuk ke dalam manusia atau apa-apa yang membawa keyakinan hulul dan iitihad. Atau juga manusia lebih menjadi Allah atau anggota diri manusia itu telah berubah menjadi anggota Allah. Dan hadis ini menjadi salah faham kepada golongan wahdatul wujud yang melulu terus menyandarkan "aku" itu kepada Allah. Ini adalah salah satu kesimpulan yang menyeleweng dan terburu-buru.

Letakkan keakuan yang sebenar itu pada sebenar-benar tempat dan fahamilah secara tahkik supaya penyerahan itu benar dan tindakan juga adalah benar. Agar tidak bertindihnya Khaliq dan makhluk, maka kita boleh katakan perkara tersebut adalah kebersamaan Allah dalam setiap hal yang semestinya perkara amalan kebaikan dan perlaksanaan perintah yang Allah tetapkan, bukan pada benda dosa dan maksiat. Jika pada perkara dosa dan maksiat, maka syaitanlah yang menjadi qarin baginya.

Namun, apabila ingin diletakkan keakuan itu, biarlah pada tempat yang sebenar. Menyandarkan terus kepada Allah adalah salah satu kebodohan dari tergesa-gesa dan terburu-buru kerana Allah tidak sama dengan makhluk dan menyalahi apa pun segala sesuatu. Perletakan pada selain-Nya merupakan kesyirikan kerana tidak mungkin sesuatu itu berdiri sendiri tanpa kekuasaan dan qudrah daripada-Nya. Maka, matahari bukan cahaya dan cahaya bukan matahari, namun kedua-duanya tidak lain daripada antara satu sama lain, ia tidak bercantum dan tidaklah berpisah. Matahari menyatakan dirinya melalui cahaya dan cahaya menzahirkan matahari tersebut. Pandanglah dengan teliti supaya tidak tersilap dalam penyerahan dan supaya pegangan itu benar. 

Semoga Allah merahmati kita semua dan menjadi akan kita seorang hamba yang sentiasa dikasihi dan diredhai-Nya.

Kerinduan Melihat Allah Ta'ala

Hamba Allah s.w.t yang sampai kepada makam makrifat akan berhadapan dengan suasana kehairan-hairanan, di mana segala pertunjukan hilang, segala isyarat lenyap dan segala bahasa menjadi kelu. Allah s.w.t tidak dapat dilihat, tidak dapat diisyaratkan dan tidak dapat dibahasakan. Itulah zat Ilahiat Yang Maha Tinggi, tidak dapat disentuh oleh pandangan, ilmu atau makrifat. Para hamba yang mencintai-Nya akan menderita merindui-Nya. Walau bagaimana pun kerinduan namun, tidak ada cara untuk melihat Zat-Nya Yang Maha Sempurna. Tinggallah hamba dengan hatinya terbakar merindui Kekasih Yang Maha Tinggi, Maha Sempurna, tidak berkuasa dia mencapai-Nya.

Hamba yang dalam keadaan begini terpisah jauh dari alam dan isinya. Hatinya kosong dari sekalian makhluk. Pandangannya tidak terlekat pada apa yang dipandang. Dia berada dalam satu suasana ‘di luar’ dari segala sesuatu. Dia berada pada zaman sebelum alam diciptakan, zaman yang tidak ada waktu dan masa, bahkan zaman itu sendiri tidak ada. Hatinya dikuasai oleh keabadian kerana sifat kemakhlukannya sudah hilang. Dia memandang kepada Qadak dan tidak terlihat lagi Qadar. Dia lupa kepada dirinya dan tidak tahu apakah zat dirinya. Dia merasakan telah memasuki satu alam ghaib dan terus menerus ghaib, maha ghaib sehingga dirinya hilang dalam keghaiban itu, bahkan ghaib itu juga hilang. Dirinya tidak boleh ditemui lagi dan dia tidak mengetahui siapakah dirinya yang berdiri di atas muka bumi. Banyak lagi perasaan yang menyelimuti hati seseorang tatkala berada dalam suasana kehairan-hairanan.

Jika seseorang pernah merindui seorang gadis yang sangat dicintainya, ketahuilah bahawa kerinduan terhadap Allah s.w.t yang dicintai lebih hebat lagi membakar hati. Orang boleh berdiri tegak selama satu minggu tanpa berkelip matanya lantaran tidak tahan merindui Allah s.w.t, Kekasih sejati. Orang yang sedang merindui Allah s.w.t boleh masuk ke dalam api tanpa terbakar bulu romanya, boleh masuk ke dalam laut tanpa tenggelam. Peringkat ini dinamakan peringkat bahaya, kerana orang ramai yang memahami dan bersimpati dengan pemuda yang menderita kerana merindui gadis yang dicintainya, tidak mengerti rindu-dendam hati yang merindui Allah s.w.t.

Tidak ada makhluk yang boleh mengubati hatinya. Tidak ada air yang boleh menghilangkan dahaganya. Kecintaan dan kerinduan yang melanda hatinya membebaskannya dari sekalian yang maujud, mengganggu hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan. Banyak terjadi fitnah terhadap dirinya. Jika dia berlarutan dalam keadaan begitu dia akan terpisah dari menjadi penduduk bumi dan tidak juga menjadi penduduk langit. Dia tidak memikul beban penduduk bumi dan tidak pula memikul beban penduduk langit.

Penduduk bumi tenggelam dalam kerakusan terhadap perhiasan dunia dan memperhambakan diri kepada hawa nafsu. Penduduk langit asyik dengan memuji dan memuja Allah s.w.t, berzikir dan membesarkan Nama-Nya. Para pencinta Allah s.w.t bebas dari kedua-duanya dan dia masuk ke dalam makam Sir (Rahsia), rahsia antara Tuhan dengan hamba-Nya. Si hamba menjadi hamba Tuhan secara mutlak iaitu secara awal, akhir, zahir dan batin. Dia menanti warna celupan yang Allah s.w.t akan pakaikan kepadanya. Apabila Allah s.w.t telah mewarnai dirinya mengikut kehendak-Nya sendiri, si hamba itu dikembalikan kepada keinsanannya, menjadi hamba Rabbani yang pekerjaannya hanyalah menjalankan perintah Allah s.w.t yang mengenai dirinya dan juga orang lain. Hamba Rabbani melaksanakan perintah Allah s.w.t tanpa bertangguh dan tanpa timbang-tara. Setiap hukum dijalankan dengan tepat.

Hamba yang kembali kepada keinsanan memiliki semula kesedaran individunya. Dia menyedari dirinya dan makhluk lainnya. Dia kembali memerhatikan alam dan isinya. Kali ini dia melihat ciptaan Tuhan dalam keadaannya yang asli. Pandangannya tidak lagi tertipu oleh kesan ‘adam terhadap alam. Apabila kesan ‘adam telah terhapus dari pandangan dapatlah dia melihat bahawa Allah s.w.t meliputi sekalian kejadian-Nya. Ke mana pun dihalakan pandangan di situlah Wajah Allah s.w.t. Dia melihat ketuhanan Allah s.w.t dalam segala perkara.

Ini membuat hatinya terubat dan dia merasai kedamaian sekalipun tidak melihat Zat Allah s.w.t Yang Maha Sempurna. Alam maya ini menjadi kitab yang nyata (kitabul mubin) untuknya berhubung dengan Allah s.w.t, menjadi cermin yang memanjangkan bayangan Tuhan kepada hatinya. Dia tidak lagi tertanya-tanya di manakah Allah s.w.t kerana Dia tidak pernah berpisah darinya dan juga tidak berpisah dengan kejadian-Nya yang lain. Terlepaslah dia dari kekacauan kalbu yang dihadapi oleh ahli ibadat dan ahli zuhud.

Makam keteguhan ini adalah makam Sir (Rahsia hati) dan makam Sir inilah yang memperolehi sembahyang berkekalan (salat daim) kerana Sir tidak pernah berhenti dan tidak pernah berpaling dari menghadap Allah s.w.t. Makam ini hanya disediakan kepada hamba pilihan yang telah membuang segala kepentingan diri sendiri, reda dengan Allah s.w.t dan menjual dirinya kepada Allah s.w.t dengan harga sabar, reda, tawakal dan ikhlas. Allah s.w.t memakaikan kepadanya pakaian hamba kepada Maharaja sekalian kerajaan!


Munajat kepada Allah :

“Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui". Surah al-Baqarah ayat 127

"Ya tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang engkau turunkan kepadaku". Surah Al-Qashash ayat 24.

"Ya tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati dan engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat". Surah Al-Mu’minuun ayat 29

"Ya tuhan kami hanya kepada engkaulah kami bertawakkal dan hanya kepada engkaulah kami bertaubat dan hanya kepada engkaulah kami kembali. Ya tuhan kami, janganlah engkau jadikan kami (saasran) fitnah bagi orang-orang kafir. Dan ampunilah kami ya tuhan kami. Sesungguhnya engkau, engkaulah yang maha perkasa lagi maha bijaksana". Surah Al-Mumtahanah ayat 4-5.

"Ya tuhan kami , sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya engkau maha kuasa atas segala sesuatu". Surah At-Tahrim ayat 8.

"Ya tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada engkau dari memohon kepada engkau sesuatu yang aku tidak mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya engkau tidak memberi ampun kepadaku dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi". Surah Huud ayat 47.

"Ya tuhanku, janganlah engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan engkaulah waris yang paling baik". Surah Al-Anbiyaa’ ayat 89.

"Ya tuhanku, berilah keputusan dengan adil dan tuhan kami ialah tuhan yang maha pemurah lagi yang dimohon pertolongannya terhadap apa yang kamu katakan". Surah Al-Anbiyaa’ ayat 112.

" Ya tuhanku, maka janganlah engkau jadikan aku berada di antara orang-orang yang zalim". Surah Al-Mu’minuun ayat 94.

"Ya tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh. Dan jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian". Surah Asy Syu’araa’ ayat 83-84.

"Ya tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku". Surah Al-Qashash ayat 16.

"Ya tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim". Surah Al-Qashash ayat 21.

"Ya tuhanku, berilah ampun dan berilah rahmat dan engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik". Surah Al-Mu’minuun ayat 118.

"Ya tuhan kami janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya tuhan kami, janganlah engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya tuhan kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Surah al-Baqarah ayat 286.

"Ya tuhan kami, janganlah engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi engkau kerana sesungguhnya engkaulah maha pemberi kurnia". Surah Ali Imran ayat 8.

"Ya tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa neraka". Surah Ali Imran ayat 16.

Ya tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul kerana itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)". Surah Ali Imran ayat 53.

"Ya tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Surah Ali Imran ayat 147.

"Ya tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. Ya tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya telah engkau hinakan dia dan tidak ada bagi orang-orang yang zalim seorang penolongan. Ya tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu) : Berimanlah kamu kepada tuhanmu, maka kami pun beriman. Ya tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami dan wafatkanlah kami berserta orang-orang yang berbakti. Ya tuhan kami, berilah kami apa yang telah engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul engkau. Dan janganlah engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya engkau tidak menyalahi janji". Surah Ali Imran ayat 191-193.

".Ya tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran al-Quran dan kenabian Muhammad s.a.w)". Surah al-Maaidah ayat 83.

"Ya tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi". Surah al-A’raf ayat 23.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

(1) Ilahi
Apakah orang yang t’lah mencicipi manisnya cinta-Mu
akan menginginkan pengganti selain-Mu
Apakah orang yang t’lah bersanding di samping-Mu
akan mencari penukar selain-Mu

(2) Ilahi
Jadikan kami di antara orang yang Kaupilih
untuk pendamping dan kekasih-Mu
yang Kauikhlaskan untuk memperoleh cinta dan kasih-Mu
yang Kaurindukan untuk datang menemui-Mu
yang Kauridhakan (hatinya) untuk menerima qadha-Mu
yang Kauanugerahkan (kebahagiaan) melihat wajah-Mu
yang Kaulimpahkan keridhaan-Mu
yang Kaulindungi dari pengusiran dan kebencian-Mu
yang Kaupersiapkan baginya kedudukan siddiq di samping-Mu
yang Kauistimewakan dengan makrifat-Mu
yang Kauarahkan untuk mengabdi-Mu
yang Kautenggelamkan hatinya dalam iradah-Mu
yang Kaupilih untuk menyaksikan- Mu
yang Kaukosongkan dirinya untuk-Mu
yang Kaubersihkan hatinya untuk (diisi) cinta-Mu
yang Kaubangkitkan hasratnya akan karunia-Mu
yang Kauilhamkan padanya mengingat-Mu
yang Kaudorong padanya mensyukuri-Mu
yang Kausibukkan dengan ketaatan-Mu
yang Kaujadikan dari makhluk-Mu yang saleh
yang Kaupilih untuk bermunajat pada-Mu
yang Kauputuskan daripadanya segala sesuatu
yang memutuskan hubungan dengan-Mu

(3) Ya Allah
Jadikan kami di antara orang-orang yang
kedambaannya adalah mencintai dan merindukan-Mu
nasibnya hanya merintih dan menangis
dahi-dahi mereka sujud karena kebesaran-Mu
mata-mata mereka terjaga dalam mengabdi-Mu
air mata mereka mengalir karena takut pads-Mu
hati-hati mereka terikat pada cinta-Mu
Kalbu-kalbu mereka terpesona dengan kehebatan-Mu
Wahai Yang cahaya kesucian-Nya bersinar dalam pandangan para
pen¬cinta-Nya
Wahai Yang kesucian wajah-Nya membahagiakan hati pada pengenal-Nya
Wahai Kejaran Kalbu para perindu
Wahai Tujuan Cita para pecinta

Aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu
dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu
Jadikan Engkau lebih aku cintai daripada selain-Mu
Jadikan cintaku pada-Mu membimbingku pada ridha-Mu
kerinduanku pada-Mu mencegahku dari maksiat atas-Mu
Anugerahkan padaku memandang-Mu
Tataplah diriku dengan tatapan kasih dan sayang
Jangan palingkan wajah-Mu dariku
Jadikan aku dari penerima anugerah dan karunia-Mu
Wahai Pemberi Ijabah, ya Arhamar-Rahimin

Munajat ini adalah munajat Imam Ali Zainal Abidin, cucu
Rasulullah saw.
(As-Shahifah As-Sajjadiyah, Munajat ke 9: 296)

"AKU" atau "Diri"

Ingat saat kamu sedang marah?
Bagaimana "aku" muncul? 
Ia tampak sangat teguh seolah-olah ada "aku" yang nyata
yang sedang dihina orang lain. 

"Aku" itu merasa nyata, 
seakan berdiri sendiri, 
tetapi masih di suatu tempat di dalam batin dan badan kita. 
Kita menjadi marah untuk mempertahankan "aku" yang tampak begitu nyata. 
Jika "aku" yang solid dan berdiri sendiri itu ada sebagaimana tampak oleh kita, 
kita harus mampu menemukannya, 
entah di dalam batin atau badan kita, ataupun terpisah dari mereka. 
Tidak ada tempat lain di mana "aku" dapat berada. 
Mari kita lihat, apakah "aku" adalah badan kamu?

Ya.

Bagian mana dari badan kamu yang merupakan "aku"? 
Apakah "aku" lengan kamu? 
Dada kamu? 
Hujung kaki kamu? 
Otak kamu? 
Jelas bahwa "aku" bukan bagian apa pun dari badan kita. 
Mari kita cuba lagi. Apakah "aku" adalah batin kamu?

Mestinya demikian.

Batin yang manakah "aku"? 
Apakah "aku" adalah kesadaran penglihatan kamu? 
Kesedaran pendengaran kamu? 
Kesedaran batin kamu? 
Apakah "aku" adalah suatu perangai tertentu? 
Jika "aku" adalah sifat marah kamu, kalau begitu kamu akan selalu marah!

"Aku" adalah yang pergi dari satu kehidupan ke kehidupan selanjutnya.

Tetapi, apa yang pergi dari satu kehidupan ke kehidupan
selanjutnya terus-menerus berubah. 
Dapatkah kamu menunjukkan suatu saat renungan kamu
yang telah menjadi dan selalu akan menjadi "aku"? 
Apakah "aku" adalah fikiran yang kemarin? 
Berenung hari ini? 
Ataukah berakal esok?

"Aku" adalah mereka semua.

Namun itu merupakan kumpulan bahagian-bahagian, 
yang tak satu pun merupakan "aku". 
Menyebutnya sebagai "aku" adalah seperti menyebut
kumpulan serangga sebagai seekor kupu-kupu. 
Boleh jadi "aku" benar-benar terpisah dari batin dan badan kamu. 
Kalau benar begitu, dapatkah kamu membawa pergi batin dan badan kamu
sementara "aku" tetap tinggal terpisah? 
Jika "aku" terpisah dari batin dan badan, 
batin dan badan saya berada di sini
dan "aku" bisa berada di seberang ruangan sana. 
Mungkinkah itu?

"Aku" atau "diri" tidak berdiri terlepas dari batin dan badan. 
Dia bukan batin dan dia bukan badan; 
bukan pula gabungan batin dan badan. 
Dengan kata lain,
"aku" yang solid yang kita rasakan ketika kita marah ini, tidak ada. 
Inilah yang dimaksud dengan "tiada diri": 
tidak ada diri yang mutlak wujud atau terpisah keberadaannya. 
Ini tidak berarti bahwa "aku" ini tidak ada sama sekali. 
Yang kita tiadakan adalah keberadaannya yang kekal dan lepas terpisah. 
Secara konvensional, keberadaan "aku" yang marah itu ada, 
tetapi "aku" itu tidak wujud secara terpisah.
"Aku" bergantung pada sebab-sebab dan kondisi-kondisi: 
bertemunya sperma dan ovum orang tua kita,
kesedaran kita dari kehidupan sebelumnya, dan lain-lain. 
"Aku" juga bergantung pada bagian-bagian penyusunnya: 
batin dan badan kita. 
"Aku" juga bergantung pada konsep dan penamaan, 
iaitu dengan bergabungnya batin dan badan kita, 
kita mencerap seseorang dan menamainya "aku". 
Kita ada hanya kerana "diberi label"
dengan dasar penyusunnya-batin dan badan kita.
Bagaimana Pemahaman Tentang Musabab
yang Saling Bergantung Dapat Membantu Kita?

Bagaimana pemahaman tentang kaedah ini dapat membantu kita?

Ketika kita menyedari, 
kita mampu melihat bahwa tidak ada sosok nyata yang marah. 
Tidak ada sosok nyata yang perlu dipertahankan reputasinya. 
Tidak ada seseorang atau sebuah objek indah yang berdiri sendiri,
yang harus kita miliki. 
Dengan menyedari kemelekatan kita, kemarahan, iri hati, kesombongan,
dan sifat-sifat tak terpuji lainnya akan musnah, 
kerana tidak ada sosok nyata yang mutlak harus dilindungi
dan tidak ada objek nyata yang mutlak harus dilekati.

Ini tidak berarti kita menjadi lembam dan tidak berghairah,
dengan berpikiran, "Tidak ada aku yang nyata, tidak ada tujuan yang nyata, 
lalu buat apa kecoh berbuat ini dan itu?" 
Menyedari ketiadaan diri memberikan kita ruang gerak yang luas. 
Alih-alih menghabis-habiskan tenaga
untuk kemelekatan, amarah, dan kegelapan batin, 
kita bebas menggunakan kebijaksanaan kita yang besar,
dengan berbagai cara untuk membantu makhluk lain. 

Semoga bermanfaat dan berbahagia.

Puasa Dan Ramadhan : Di Sudut Rohani

Hikmah Puasa

Ada sebuah hadit yang sangat popular yang sering kita dengar dalam setiap ceramah Ramadhan:

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الجُوْعُ وَالعَطَشُ

Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya tersebut kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thobroniy dalam Al Kabir dan sanadnya tidak mengapa. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1084 mengatakan bahwa hadits ini shohih ligoirihi -yaitu shohih dilihat dari jalur lainnya-)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة قَلَ قَلَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِذَا أَصْبَحَ اَحَدُكُمْ يَومًا صَائِمًا فَلايَرْفُثْ وَلايَجْهَلْ
فَإِنِ امْرُؤٌ شَاتَمَهُ أَوْ قَاتَلَهُ فَليَقُلْ إِبْنِى صَائِمٌ إِنِّى صَائِمٌ

Dari  Abu Hurairah ra katanya, Rasulullah saw bersabda "Apabila seseorang kamu berpuasa sejak pagi pada suatu hari, janganlah ia bercakap kotor dan jangan membuat kesalahan. Kalau ada orang yang  memakinya atau hendak membunuhnya hendaklah dia mengucapkan "Sesungguhnya saya orang puasa, sesungguhnya saya orang puasa!" (Hadis riwayat Imam Muslim).

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ الصِّيَامُ مِنَ الأَكْلِ وَالشَّرَبِ ، إِنَّمَا الصِّيَامُ مِنَ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ ، فَإِنْ سَابَّكَ أَحَدٌ أَوْ جَهُلَ عَلَيْكَ فَلْتَقُلْ: إِنِّي صَائِمٌ ، إِنِّي صَائِمٌ

Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja. Akan tetapi, puasa adalah dengan menahan diri dari perkataan lagwu dan rofats. Apabila ada seseorang yang mencelamu atau berbuat usil padamu, katakanlah padanya, “Aku sedang puasa, aku sedang puasa”.” (HR. Ibnu Majah dan Hakim. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib no. 1082 mengatakan bahwa hadits ini shohih)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِى أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ

Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta malah mengamalkannya, maka Allah tidak butuh dari rasa lapar dan haus yang dia tahan.” (HR. Bukhari no. 1903)

Dari penjelasan hadis diatas, sudah dapat dipastikan bahwa Allah tidak menerima puasanya orang yang sekedar menahan rasa lapar dan haus dan Allah tidak menerima puasanya orang yang masih berkata keji dan dusta.

Kalau kita perhatikan, di samping perlakuan syari'at secara fisik, Allah sangat mengutamakan syari'at rohani kerana rohani merupakan kenyataan diri yang sejati, sehigga kita diwajibkan untuk berkata jujur, berhati bersih, jernih, dan tidak memperturutkan hawa nafsu yang selalu berkecenderungan kedalam nista.

Saya akan mengajak kamu untuk mengikuti rangkaian perjalanan rohani yang berpuasa!

Mula-mula kamu diperintahkan untuk meninggalkan makan, minum, bersetubuh (jimak). Selanjutnya dilarang berkata dusta, dengki dan perbuatan yang palsu. Setelah kamu lakukan peredaman terhadap aktiviti gejolak fisik, selama satu bulan penuh. Apa yang anda rasakan, adalah redamnya gejolak (nafsu) yang kemudian mengakibatkan loncatan kesedaran dari kesedaraan fisik berubah menjadi kesadarah jiwa sejati, atau secara umum dikatakan kembali kepada fitrah ('Aidul fitri).

Adakah pengalaman yang serupa dengan puasa? Ialah saat anda menjelang tidur, dimana aktiviti zahir sudah mulai mereda. Saat farji sudah tidak lagi bernafsu terhadap wanita, saat mulut sudah tidak ingin makan dan bicara, saat telinga tidak ingin mendengarkan sesuatu, saat fikiran istirahat merekam aktiviti. Dan saat itulah roh kamu lepas, memasuki kesedaran di alam mimpi. Kamu tidak akan bisa memasuki alam ini jika tidak melalui proses peredaman fisik (hampa aktiviti zahir). Begitu juga hal nya dengan puasa, yang diawali dengan peredaman-peredaman emosional yang bergejolak selama satu bulan lamanya.

Jika kamu mengerti tujuan puasa adalah kembali kepada kesadaran sejati (aku), maka anda kamu memasuki kesedaran baru yaitu kesedaran roh suci seperti bayi. Itulah kesejatian, itulah "aku" yang hakiki yang tidak pernah bohong, yang selalu mengikuti kehendak-kehendak Ilahi, "....katakan, roh adalah urusan Tuhanku...". (Surah Al Isra' ayat 85).

"...Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama fitrah Allah yang telah menciptakan menurut fitrah itu.." (Surah Ar Rum ayat 30)

Kalau kamu menyadari sebagai roh yang suci (fitrah), maka perilaku kamu akan sesuai dengan fitrah Allah, yaitu baik yang ditulis dalam Alqur'an maupun yang berupa sunnatullah (kauniyah). Inilah tujuan puasa! Iaitu kembali kepada fitrah sejati.

Sedari bahwa diri kamu yang sejati (roh) tidak pernah tidur, tidak pernah makan, tidak mati sehingga Tuhan perlu menyedarkan kita dengan jalan berpuasa di bulan Ramadhan. Seolah-olah Dia berkata jadilah dirimu yang sejati (fitrah) karena dirimu yang sejati adalah roh yang dihembuskan dari Rabb-Nya yang terjaga kesuciannya. "Sungguh beruntung orang yang membersihkan jiwanya" (Surat Asy syams ayat 7-9)

Setelah kamu terbebas (bersih) dari pengaruh fisik suasana menjadi sangat hening dan damai, yang lebih dominan sekarang adalah kata hati yang suci yang selama ini tenggelam sehingga dikatakan dia sebagai suara hati yang kecil. Sebutan suara hati kecil itu sebenarnya adalah sejati diri kita, yang sering berlawanan dengan keinginan nafsu, dan nafsulah yang banyak mengendalikan gerakan tubuh kita selama ini. Untuk itulah Allah menggembleng jiwa kita untuk memunculkan rasa jati yang selalu mengajak kepada kebaikan. Jika hal ini berhasil, perilaku kamu secara automatik (dengan izin-Nya) menjadi baik tanpa direkayasa (dilakonkan) oleh pikiran dan keinginan. Karakter itu mengalir tanpa ada usaha kita.

Inilah Lailatul qadar, yang ditunggu-tunggu seluruh ummat.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Alqur'an) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". (Surah Al Qadr)

'Aidul fitri, adalah terbebasnya diri sejati dari pengaruh syawat, sehingga dirayakan menjadi hari kemenangan. Akan tetapi kadang kita menjadi salah kaprah terhadap peristiwa kemenangan jiwa dalam kebebasan dari pengaruh syahwat, yaitu berpesta pora kembali memenuhi keinginan syahwat. Namun jika kamu betul-betul telah kembali suci maka akan tampak dalam diri anda perubahan yang sangat luar biasa. Kamu menjadi sangat baik, ikhlas dalam segala hal, menerima segala keputusan Allah dan terasa kesejukan iman mengalir dalam aliran darah. Hal ini kamu boleh cuba pada kesempatan Ramadhan, sehingga tulisan saya bukanlah sebuah cerita dongeng yang tidak bisa dipertanggung jawabkan, namun kamu benar-benar akan boleh merasakan secara langsung, tanpa rekayasa!!

Sungguh dahsyat getaran iman itu sampai terbit fajar, kamu tidak akan kuasa merasakan getaran taqwa yang turun dari Allah menyinari hati yang dibawa oleh para malaikat yang suci, kamu benar-benar berubah, roh kamu rela terhadap Tuhan serela-relanya.

Al Qadr (Kemuliaan).

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan". Ayat 1.

Pada zahinya malam “Laylat al Qadr” seperti mana yg telah diterangkan Nabi SAW hanya Allah yg bakal memilih bagi siapa malam ini untuk dianugerahkanNya.

Mengikut tafsiran tasawwuf, malam yang disimbolikkan dengan hati. Hati yg telah suci dan hanya memandang pada fe'el kelakuan roh yg menerima atas izin-Nya sifat Ma'ani yg tujuh kerana kesucian hati ini maka pada setiap pertembungan iaitu hawa nafsu dan bisik syaitan menentang bisikan rasul dan ayat-ayat Allah, maka pada pertembungan ini hati yg suci ini akan diturunkan seruan rasul (hadis-hadis) dan ayat-ayat Allah dan kemudiannya hati yg suci ini pasti akan patuh dan memenangkan rasul dan Allah.

Kemudian Allah terangkan pada kita apakah yg dimaksudkan dengan hati yg mulia dan suci ini dengan petanyaan ini :

"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?". Ayat 2.

"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan!". Ayat 3.

Bayangkan pada malam bulan yg penuh, bagaimana terangnya, inikan pula malam yg diterangkan dengan seribu bulan. Hati yg terang dan tidak lagi terhijab pandangan zahir dan batin pada kelakuan roh yg menerima sifat Ma'ani (qudrah, iradah, 'ilmu, hayyah, sama', basor dan kalam) tersebut. Kata orang-orang sufi, tidak terdinding pandangan yang zahir dengan yang batin dan tidak pula terdinding pandangan yg batin dengan yg zahir.

Pandangan ini bersatu pada setiap kejadian yg tajalli pada makhluk. Apa dia? Iitulah sifat-sifat ma'ani Allah yang terzahir pada roh dan lantas menggunakan tujuh anggota untuk menzahirkan sifat-sifat ini.kita sering tertipu dengan bayang-bayang yangg kita lihat sedangkan kita lupa pada yg Empunya bayang-bayang.

"(Pada malam itu) turunlah malaikat dan Ar-Ruh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara". Ayat 4.

Hati yang mulia ini akan dipelihara dan dimenangkan Allah. Maka pada pertembungan dangan nafsu dan syaitan maka Allah akan menurunkan malaikat-malaikat untuk memenangkan dan melindungi hati yg suci ini. Hati ini takkan berpaling lagi baik pada pandangan zahir maupun batin. Maka segala urusan akan diatur oleh Allah ke jalanNya.

"Kesejahteraan padanya (malam itu) sampai terbit fajar"

Siang itu umpama pandangan zahir iaitu pandangan mata kerana dengan cahaya kita akan dapat memandang dengan mata. Malam itu umpama pandangan batin iaitu pandangan hati kerana tanpa cahaya kita hanya memandang dengan mata hati. Apabila disatukan siang dan malam maka terbentuklah fajar, baik pagi maupun petang.

Maka seandainya kita menyatukan pandangan zahir dengan pandangan batin, maka akan terpancarlah fajar dalam diri, iaitu cahaya Nur Muhammad, maka bila fajar ini terbit dalam diri, akan selamat dan sejahteralah hati yang suci tersebut. Tiadalah kedamaian yang teragung dalam hidup sebagai hambaNya apabila hati ditenteramkan dan disejahterakan oleh yg Empunya hati. Untuk mencapai kemuliaan hati ini, kita harus terus berjalan dan mencari kaedah-kaedahnya...

Semoga Allah mengizinkan kita untuk menikmati baik “Laylat al Qadr” yg zahir maupun yg batinnya. Yang zahir hanya mungkin akan hadir sekali dalam setahun atau sekali dalam seumur hidup, namun yang batin akan berlaku pada setiap saat dan ketika bila mana ada pertembungan yg disebutkan tadi. InsyaAllah..

Wallahua'lam.

Credit to : Abu Sangkan dan Nur Azam Nurain.


Tambahan :

Apabila sudah mencapai puncak rohaninya, maka dapatlah kita nikmat ketika berpuasa yang terbesar iaitu bertemu dengan Allah.

Sabda Rasulullah SAW  Allah telah berfirman: "Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa. Ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang membalasnya. Puasa adalah pendinding, dan apabila hari berpuasa seseorang di kalangan kamu, maka janganlah dia bercakap kotor dan janganlah dia menjerit-jerit. Jika seseorang memakinya atau menyerangnya maka hendaklah dia berkata, "aku adalah seorang yang berpuasa". Demi Tuhan Yang nyawa Muhammad di tangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau kasturi. Untuk orang yang berpuasa 2 kegembiraan yang dia bergembira dengannya: Apabila dia berbuka dia bergembira, dan apabila dia bertemu Tuhannya dia bergembira dengan puasanya". (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)

Alangkah ruginya kita berpuasa tetap terlepas nikmat bertemu dengan Allah. Jika hanya menikmati berbuka puasa, apalah bezanya dengan orang yang berpuasa tetapi menahan lapar dan dahaga?. Marilah kita bersama-sama bermujahadah, mudah-mudahan puasa kita adalah dapat makrifat terhadap-Nya dan bahagia kekal abadi.