Thursday 16 April 2015

Hakikat Guru Dan Murid

عَنْ اَبِى بَكْرَةَ عَنِ النَّبِيّ ص قَالَ: كن عَالِمًا اَوْ مُتَعَلّمًا اَوْ مُسْتَمِعًا اَوْ مُحِبًّا لاَ تَكُنِ اْلخَامِسَ فَتَهْلِكَ. رواه البيهقى فى شعب الايمان و تعلم متعلم

Dari Abu Bakrah dari Nabi SAW, beliau bersabda, “Jadilah kamu orang yang pandai (mengetahui), atau orang yang belajar, atau orang yang mendengarkan, atau orang yang senang (cinta), janganlah kamu menjadi orang yang kelima, maka kamu akan celaka”. [HR. Baihaqi dalam kitab Syu’abul iimaan, juz 2, hal, 265, no, 1709].

الحديث أخرجه البزار في "البحر الزخار" (9/94/3626) ، وأبونعيم في "حلية الأولياء" (7/236،237)، وابن عبدالبر في "جامع بيان العلم" (1/147/151)، والبيهقي في "شعب الإيمان" (2/265، 266/1709)

Dalam sebuah atsar (riwayat) yang populer disebutkan, jadilah seorang alim, atau seorang penuntut ilmu, atau seorang penyimak ilmu yang baik, atau seorang yang mencintai Ahli Ilmu dan janganlah jadi yang kelima, niscaya kalian binasa. [Disebutkan oleh Al-Haitsami dalam Ma’maj Az-Zawaaid (I/122) ia berkata: “Diriwayatkan oleh Ath-Thabraani dalam ketiga mu’jamnya dan Al-Bazzar, para perawinya tsiqah”].

Dikatakan guru dan murid adalah mereka yang saling berinteraksi satu sama lain. Inilah yang membezakan orang yang mendengar dengan penyemak ilmu yang baik. Perumpamannya seperti seseorang yang menjadi rakan di Facebook, pada hakikatnya dengan menekan butang pada Friends tersebut tidak menunjukkan ia sebenar-benar teman atau sahabat. Hakikat bagi sahabat dan teman adalah mereka yang sentiasa berinteraksi, bergaul, berhubung dan berkomunikasi.

Begitulah halnya untuk perkara ini. Guru dan murid adalah insan yang saling bersambung hubungannya, sentiasa bergaul dan ada komunikasi di antara satu sama lain. Guru seseorang yang menyampaikan ilmu dan murid menerima ilmu. Kedua-duanya saling berhubung dan berkmunikasi. Adapun, jika hanya sekadar menjadi pendengar, pemerhati atau penyemak sahaja terhadap seseorang, tidak dikira seseorang itu berguru atau memiliki murid.

Dan cintailah ahli ilmu dan sentiasa menghidu haruman ilmu itu. Janganlah menjadi golongan kelima, nescaya akan binasa.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment