Thursday 13 November 2014

Jawapan KeAKUan Yang Tidak Mutlak...

Saya perhatikan ramai yang berkata "aku" itu Allah “aku” itu roh, “aku” itu Adam, “aku” itu Muhammad, “aku” itu Nur Muhammad, “aku” itu insan, “aku” itu makhluk, “aku” itu alam mumkin, “aku” itu kosong, “aku” itu nafsu, “aku” itu hamba dan lain-lain. Pada saya perkara-perkara tersebut masih belum jawapan mutlak dan hakiki kerana padanya ada yang tidak tepat atau di antaranya yang hampir tepat tetapi masih belum menempati yang sebenarnya. Apapun, terpulang pada kefahaman masing-masing dan yang penting kita semua sentiasa beramal dengan penuh kehambaan dan ketaatan pada Allah SWT. Semoga kita semua dikurniakan makrifat dan rahmat yang luas daripada-Nya.

1 comment:

  1. Pokies Online Casino | Kadangpintar
    Pokies Online Casino · No deposit Pokies · Play online at any online casino · No 온카지노 먹튀 download · No registration.

    ReplyDelete